fbpx

Cari suami boleh lentur isteri ke jalan benar – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Nad Zainal menitipkan pesanan agar golongan wanita mencari suami yang bijak melentur isteri dan kuat pegangan agama.

PETALING JAYA – “Ungku Ismail seorang lelaki yang bijak dan kualiti tersebut membuatkan saya jatuh cinta padanya.”

Demikian perkongsian pelakon, Nad Zainal mengenai ciri-ciri lelaki idaman yang dimiliki suaminya, Ungku Ismail Aziz sehingga membuatkan hatinya terpaut dan mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Kongsi Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 33, selain penyayang, kebijaksanaan Ungku juga antara sebab dia memilih aktor tersebut sebagai suami.

“Saya suka lelaki yang bijak, pandai bawa diri, bijak dalam agama termasuk menjaga solat.

“Dia kena serba-serbi bijak jika hendak dibandingkan dengan saya. Sukar untuk dapatkan ciri-ciri lelaki sebegitu bagi meraih hormat daripada saya.

“Ungku ada kualiti-kualiti itu dan dia adalah suami, bapa serta anak yang baik,” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.

Dalam pada itu, bintang drama Dendam Seorang Isteri itu turut mengakui dirinya seorang wanita yang masih mengamalkan konsep suami adalah ketua keluarga dan harus dominan daripada isteri.

“Hari ini, ramai kaum wanita zaman sekarang mengambil tugas lelaki dan mendominasi keluarga.

“Saya seorang wanita tradisional dan suka lelaki yang bersifat dominan dan menjadi ketua keluarga,” jelasnya.

Katanya, lelaki yang memiliki kriteria senegitu layak dipilih sebagai suami selain mampu menjaga ibu bapa isteri dengan baik.

Baginya, ciri-ciri tersebut amat penting bagi membentuk keperibadian seorang isteri menjadi insan yang lebih baik selepas berkahwin.

“Perkara itu sangat penting sebab carilah bakal suami yang mampu menyayangi ibu bapa kita seperti dia jaga keluarga mereka sendiri. Itu juga yang saya jumpa pada Ungku.

“Masih terlalu awal nak cakap banyak sebab baru kahwin kurang setahun. Selain itu kami sekepala dan suka makan, berjalan.

“Carilah lelaki yang boleh melentur anda dan mampu bawa ke jalan yang benar,” katanya lagi.

Nad sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu.

Kini, Nad hamil anak pertamanya dengan Ungku dan dijangka bersalin pada Oktober depan.

Sebelum itu, pelakon asal Kajang, Selangor itu mengejutkan ramai apabila mengesahkan perceraiannya dengan Faliq Amiruddin pada Ogos tahun lalu.

Hasil perkahwinan dengan Faliq, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI