fbpx

Bundesliga: ‘Chemistry’ Kane, Bayern makin terserlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meledak dua gol ketika Bayern mencatat kemenangan 3-1 menewaskan Augsburg pada aksi Bundesliga awal pagi semalam. - AFP

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane sudah mula menemui sentuhan gol apabila meledak dua jaringan dalam kemenangan 3-1 ke atas Augsburg pada aksi Bundesliga di Allianz Arena awal pagi semalam.

Kane, 30, menyifatkan kejayaannya itu adalah disebabkan keserasiannya bersama rakan sepasukan baharunya walaupun baru berhijrah daripada Tottenham Hotspur dengan harga mampu mencecah €110 juta (RM553.10 juta) awal bulan ini.

“Saya baru di sini dalam beberapa minggu tetapi saya sudah mula menyukai keserasian yang kami bina ketika ini. Ia akan meningkat dalam satu demi satu perlawanan.

“Kami mempunyai kualiti yang hebat dalam pasukan ini. Jadi, ia tidak perlu mengambil masa lama untuk ‘mencari’ saya di bahagian depan,” katanya.

Pemain Augsburg, Felix Uduokhai ‘menghadiahkan’ jaringan sendiri buat Bayern (m-32) sebelum Kane menyumbat dua lagi gol bermula sepakan penalti (m-40) dan rembatan cantik pada minit ke-69.

Hasrat skuad bimbingan Thomas Tuchel itu untuk menamatkan perlawanan tanpa bolos tidak kesampaian apabila penjaga golnya, Sven Ulreich gagal menafikan percubaan Dion Drena Beljo pada minit ke-86.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang Kane memberikan keyakinan tambahan kepada Bayern untuk terus melakar kemenangan apabila bertemu dua lawan sukar dalam aksi seterusnya iaitu Borussia Monchengladbach dan Bayer Leverkusen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI