GEORGE TOWN – Seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang yang menang pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15), mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Majlis angkat sumpah itu diketuai Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, dua timbalannya, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Jagdeep Singh Deo, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN-ADUN lain.
Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang yang dilantik semula memegang jawatan tersebut bagi penggal ketiga.
Dalam majlis sama, ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz turut dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang.
Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada PRN-15 dengan memenangi majoriti 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang ditandingi.-KOSMO! ONLINE