fbpx

YNH jangka Blok A projek kediaman mewah Solasta Dutamas bakal catat jualan membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allan Yu bergambar dengan model projek Solasta Dutamas di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – YNH Property Berhad (YNH) mengumumkan dua menara pertama projek kediaman Solasta Dutamas iaitu Blok B dan Blok C yang telah dilancarkan masing-masing pada suku pertama tahun ini dan suku keempat tahun 2022, kini hampir habis dijual sepenuhnya.

Pengurus Besar Kumpulan, Allan Yu berkata, kadar  pengambilan yang kukuh itu didorong oleh lokasi strategik pembangunan, harga yang kompetitif dengan fasiliti dan kemudahan luar biasa yang disediakan.

Menara terakhir Solasta Dutamas iaitu Blok A yang terdiri daripada menara kediaman setinggi 33 tingkat itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kami menjangkakan jualan Blok A akan mencapai prestasi yang sama kerana kami telah menerima sejumlah besar maklum balas dari prapendaftaran sebelum pelancaran.

“Memandangkan pembangunan baharu di lokasi utama di Mont Kiara atau berhampirannya adalah sedikit dan agak jauh, kami percaya bakal pembeli rumah akan merebut peluang yang ditawarkan ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Blok A mempunyai empat jenis kediaman yang terdiri daripada unit dua bilik tidur termasuk Type A (720 kaki persegi), Type A1 (750 kaki persegi), unit 3 bilik tidur termasuk Type B (880 kaki persegi) dan Type B1 (900 kaki persegi). 

Setiap unit, sebahagiannya telah dilengkapi dengan perabot siap dipasang dan ia dijual pada harga bermula bermula dari RM697,500.

Projek kediaman Solasta Dutamas terdiri daripada 329 pangsapuri perkhidmatan dan ia adalah  pembangunan kediaman bandar menegak pencakar langit tiga menara yang merentasi tanah pegangan bebas seluas 1.408 hektar itu selesai sepenuhnya. 

“Keseluruhan pembangunan itu mempunyai jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) kira-kira RM771 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2026,” jelasnya.

Tambah beliau, Solasta Dutamas jelas telah berjaya menarik minat pembeli rumah yang mempunyai citarasa tinggi, terutamanya mereka yang muda, berada di kelas sosial tersendiri dan menghargai gaya hidup bandar kontemporari moden.

“Pembeli kami tertarik dengan lokasinya dalam kawasan enklaf mewah ini dan mendapati harganya benar-benar berbaloi.

Selain itu, Solasta Dutamas adalah satu-satunya pembangunan di kawasan itu dengan laluan berbumbung yang telah diluluskan ke stesen kereta KTMB, memberikan penduduk  akses ke seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Yu menerangkan, kejayaan Solasta Dutamas akan menyumbang secara positif kepada prestasi Kumpulan dengan memberikan nilai yang mampan untuk para pemegang saham dan pemegang kepentingan syarikat pada jangkaan masa hadapan. 

Selain itu, ia juga mempamerkan keupayaan YNH dalam mendapatkan, memasarkan dan membangunkan ruang tanah berkualiti tinggi yang boleh memacu pertumbuhan masa depan Kumpulan dan memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya.

Berlokasi strategik di Mont Kiara, Solasta Dutamas mudah diakses melalui laluan seperti Persiaran Dutamas, Jalan Duta Kiara, dan Jalan Desa Kiara. 

Selain itu, pembangunan ini terletak dalam jarak lima  pemanduan dari MITEC, MATRADE, Publika dan Solaris Mont Kiara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI