BEIJING, China – Seorang wanita di China melanggar norma masyarakat dengan melahirkan seramai sembilan anak dalam masa 13 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.
Wanita hanya dikenali sebagai Tian, 34, itu dan suaminya, Jiao berkenalan ketika mereka masih di sekolah menengah.
Selepas tamat pengajian di universiti, mereka terus berkahwin dan Tian melahirkan anak sulung perempuannya pada 2010.
Tian yang kemudian menaruh impian untuk memiliki anak lelaki, melahirkan sepasang kembar lelaki pada 2012.
Wanita itu bagaimanapun berasa sunyi dan ingin melihat lebih ramai anak menceriakan rumah mereka..
Hasil persetujuan suami, dia kemudian melahirkan anak keempat.
Setelah empat tahun, dia melahirkan empat lagi anak dan seorang bayi lagi pada 2022.
Tian mengaku dia sedang hamil anak ke-10 dan ingin memiliki 12 orang anak.
Walaupun sesetengah orang melabelnya sebagai mesin pembuat bayi, Tian tidak peduli kerana dia ingin memanfaatkan gen suaminya. – Agensi