fbpx

UMW Toyota Motor lancar Corolla GR Sport RM152,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Varian baharu model Corolla GR Sport.

SHAH ALAM – UMW Toyota Motor melancarkan varian baharu model Corolla GR Sport pada harga RM152,800.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, model itu direka untuk individu yang lebih suka terhadap penampilan ‘sporty’ dalam masa yang sama ingin mengekalkan keselesaan pemanduan harian.

Katanya, pada bahagian luaran Corolla GR Sport itu telah menerima perubahan pada bahagian hadapan seperti reka bentuk bampar hadapan yang lebih besar bukaan jeriji radiator, lampu hadapan serta lampu kabus LED berprestasi tinggi, dan pelindung depan bawah enjin.

“Varian GR Sport mempunyai pelindung cermin sisi bewarna hitam dan juga roda aloi baru berukuran 18 inci dengan tayar bersaiz 225/40.

“Pada bahagian belakang Toyota Corolla GR Sport ini menerima rekaan bampar belakang yang lebih agresif serta mempunyai logo GR,” katanya.

Tambahnya, bahagian dalaman Toyota model itu hadir dengan tempat duduk yang sport dengan logo GR.

Selain itu pada bahagian meter cluster telah digantikan jenis digital berukuran 12.3 inci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI