fbpx

Ramai malu lihat COEX buat persembahan depan pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial meluahkan rasa kesal melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar-pelajar tahfiz dalam sebuah konsert di Shah Alam, baru-baru ini.

Menerusi video yang dirakam oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @dinnnnn5x, persembahan COEX disifatkan agak keterlaluan dari segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Lagu yang dipersembahkan oleh COEX ketika itu juga berjudul Selamat Jalan Romeo dendangan Ramlah Ram.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh @dinnnnn5x mendapat 287,100 tontonan, 2,918 tanda suka dan 1,955 perkongsian.

Susulan itu, terdapat pelbagai reaksi orang ramai antaranya kecaman terhadap pihak penganjur yang dianggap tidak sensitif sebelum menjemput pelajar-pelajar tahfiz berkenaan.

“Lepas ni tolonglah mana-mana pusat tahfiz tolong cakna dengan setiap jemputan,” komen Miyu.

“Kesian dekat anak-anak tahfiz itu. Mesti terpaksa tengok dan tak tahu nak buat apa,” komen Zue.

“Allah, lindungulah anak-anak tahfiz tu. Kecewa betul dengan penganjur majlis ini,” komen seorang pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI