fbpx

Perubatan, psikoterapi, pemulihan bermaruah untuk penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika berucap di Majlis Perasmian 1st Malaysian Addiction and Forensic Psychiatry Symposium, di sini, hari ini. -Foto SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memfokuskan penyaluran dwi-rawatan berbentuk perubatan dan psikoterapi bagi mengatasi masalah berkaitan penggunaan dan penagihan dadah.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, menerusi Program Sub-kepakaran Psikiatri Penagihan dan Psikiatri Forensik, ia akan mewujudkan ekosistem rawatan pemulihan yang lebih bermaruah kepada penerima rawatan.

“Akses yang lebih mudah kepada rawatan dan pemulihan termasuklah penekanan terhadap community-based approach adalah antara perkara yang perlu ditekankan.

“Integrasi erat antara agensi penguat kuasa kerajaan, badan perundangan serta organisasi anti dadah pula mampu memperkukuh kredibiliti organisasi- organisasi terlibat dalam hal perundangan dan pembanterasan salah laku dadah atau jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian 1st Malaysian Addiction and Forensic Psychiatry Symposium, di sini hari ini.

Namun menurut beliau, pertembungan antara bidang penagihan dan forensik adakala menyebabkan kesukaran bagi membentuk pelan rawatan yang berkesan.

“Pertembungan ini selalunya bermula di fasiliti perubatan, mahkamah dan pusat tahanan.

‘”Pengamal-pengamal perubatan acapkali berdepan dengan keperluan membuat penilaian ke atas penagih dadah yang mempunyai pendakwaan undang-undang.

“Mereka berdepan dengan cabaran pesalah yang bergelut dengan gejala penarikan atau kerencatan fizikal dan mental akibat penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, keadaaan tersebut bukan sahaja menghalang rawatan dan pemulihan yang sesuai dimulakan, malah pada masa sama melewatkan proses perundangan.

“Intervensi pencegahan dan rawatan perubatan dalam komuniti yang longgar dan berselerak turut jadi cabaran kepada intervensi yang ingin dilaksanakan dalam pusat-pusat pemulihan dan tahanan.

“Kita kena sedar ada banyak jurang yang harus ditangani antara penguatkuasaan perundangan dan rawatan perubatan untuk mereka yang menggunakan dadah.

“Kita juga mengakui peranan pegawai pendakwa raya dan Jabatan Penjara dalam proses perundangan dan rehabilitasi mereka yang disabitkan kesalahan undang-undang.

“Namun begitu, kementerian melalui program Program Sub-kepakaran Psikiatri Penagihan dan Psikiatri Forensik juga memainkan peranan penting terutamanya dalam rawatan perubatan dan pemulihan golongan terlibat,” jelasnya. KOMSO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI