fbpx

Pelajar pondok diarah hancurkan telefon depan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar itu berkali-kali memukul telefon tersebut sebelum serpihannya berkecai di atas tanah. - Twitter

JAKARTA – Seorang pelajar di Indonesia dipaksa memusnahkan telefon bimbitnya dengan menggunakan tukul selepas dia ditangkap membawa peranti itu ke sekolah, lapor laman berita Okezone hari ini.

Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Twitter (kini X) @sosmedkeras.

Beberapa pelajar sebuah sekolah pondok diarah berkumpul di hadapan guru selepas sebilangan mereka ditangkap membawa telefon ke sekolah. 

Salah seorang pelajar perempuan kemudian diarah supaya memusnahkan telefon bimbitnya menggunakan tukul di hadapan pelajar lain.

Dia memukul telefon itu berkali-kali sehingga ia berkecai di atas tanah.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Telefon itu perlu dikembalikan kepada ibu bapanya bukannya dimusnahkan sebegitu,” kata seorang netizen.

“Telefon dibeli menggunakan wang, jika hukumannya begini, sama sahaja seperti mengajar mereka untuk tidak menghargai wang,” komen netizen lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI