fbpx

Nama anak kedua Rihanna mula dengan huruf ‘R’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rihanna menamakan anak keduanya sebagai RZA.

SELEPAS hampir sebulan, penyanyi terkenal Rihanna membuat pengumuman telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu bayi lelaki pada awal Ogos lalu.

Menurut laporan TMZ, penyanyi berusia 35 tahun itu telah selamat bersalin di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dalam laporan itu turut menyebut, Rihanna telah memberi nama anak keduanya itu menggunakan pangkal huruf ‘R’, namun tidak mendedahkan nama lengkapnya.

Bagaimanapun, menurut sumber terdekat kepada penyanyi lagu Diamond itu, nama bayi itu memberi gambaran kesempurnaan dalam hidup Rihanna.

“Namanya memberi gambaran kesempurnaan hidup Rihanna. Bahkan bayi itu juga memiliki warna mata hitam yang cerah sama seperti ibunya,” kata sumber tersebut.

Baru-baru ini, media Hollywood mendedahkan nama anak kedua pelantun lagu Umbrella itu adalah RZA dengan sebutan [ree-zah].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI