fbpx

Nahas Elmina: Keluarga Allahyarham Muhammad Hafiz perlu masa lupakan kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Saleh (kanan) bersama isteri dan anaknya melihat gambar kenangan Allahyarham Muhammad Hafiz.

SUNGAI PETANI – Ahli keluarga mangsa nahas pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32 mengakui sukar untuk melupakan kejadian tersebut meskipun setelah lebih seminggu tragedi itu berlaku.

Bapa Allahyarham Muhamad Hafiz, Muhamad Saleh Othman, 57, berkata mereka sekeluarga kini sedang membiasakan diri untuk menerima suratan takdir yang menimpa mereka sekeluarga.

“Kami memang terasa sedih sangat kehilangan arwah tetapi dengan jarak dah seminggu ni perasaan itu sudah kurang sikit, mungkin ambil masa untuk kami biasakan diri nak hilangkan kesedihan ini,”ujarnya.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Skuad Perkeso yang mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat (FDM), hari ini.

Muhamad Saleh berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengunjungi rumah keluarganya sejak anak sulungnya itu meninggal dunia.

Katanya, dia sempat mengunjungi pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Huda, Kampung Jerung, di sini, pada Jumaat lalu selain melayan tetamu yang datang ke rumahnya.

“Alhamdullilah, majlis perkahwinan adik arwah, Noorhidayah,30 juga sudah dilangsungkan pada Sabtu lalu dan majlis tersebut berjalan lancar dan ramai tetamu yang hadir,” ujarnya.

Sementara itu, adik arwah, Norhikmah, 26, berkata arwah abangnya menjadi tempat adik-adik mendapatkan nasihat dan pandangan jika mereka mempunyai masalah.

“Memang abang seorang yang baik dan kalau saya nak apa-apa nasihat, saya akan cari dia dulu.

“Sepatutnya dia balik majlis kenduri ini meriah, tapi kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI