fbpx

Bicara Guan Eng: Pegawai penyiasat nafi ‘gelapkan’ fakta sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh AMIN AZMAN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pegawai penyiasat forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan beliau ‘menggelapkan’ fakta sebenar berhubung siasatan kes terowong dasar laut bagi membolehkan Lim Guan Eng didakwa atas pertuduhan rasuah.

Penolong Penguasa, Wan Mohd. Firdaus Wan Yusof menafikan beliau diberi arahan secara spesifik untuk menyembunyikan fakta berkaitan `Coklat RM2 juta’ dan `Big Boss’ bertujuan ‘mengenakan’ bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan menuduhnya di mahkamah.

Maklumat itu terkandung dalam laporan forensik perbualan WhatsApp antara dua ahli peniagaan iaitu G. Gnanaraja dan Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli.

Zarul Ahmad ketika itu pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) iaitu syarikat yang dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

CZCSB dahulunya dikenali sebagai Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG).

Saksi pendakwaan kelapan (SP8) itu tidak bersetuju bahawa laporan berkenaan yang disediakannya berkaitan kes Guan Eng, adalah tidak lengkap.

Wan Mohd. Firdaus sedang memberi keterangan pada perbicaraan kes pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan untuk menerima suapan wang RM3.3 juta yang dihadapi Guan Eng.

Pada perbicaraan lalu, mahkamah diberitahu, perbualan WhatsApp bertarikh 21 Julai dan 18 Ogos 2017 itu mengandungi text pesanan daripada Gnanaraja kepada Zarul Ahmad antara lain menyebut pemberian ‘Coklat RM2 juta’ untuk ‘Big Boss’.

Pihak pembelaan berpendirian, ‘Coklat RM2 juta’ itu merujuk kepada wang untuk ‘Big Boss’ iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ketika itu, bukan Guan Eng.

Perbualan yang berlangsung pada pagi 23 Julai 2017 itu antara lain menyebut Gnanaraja memberitahu Zarul Ahmad berkaitan upacara memotong kek sempena sambutan harijadi bersama `Big Boss’ pada sebelah malamnya.

Gobind: Pesanan WhatsApp menyebut tarikh 23 Julai 2017, Encik Wan tahu tarikh lahir siapa?
Firdaus: Tidak.

Gobind: Saya cadangkan tarikh itu tarikh lahir Datuk Seri Najib, bukan Guan Eng?
Firdaus: Tidak tahu.

Gobind: Laporan yang lengkap jelas menyatakan penama adalah Datuk Seri Najib, namun berlaku penipuan yang membawa kepada pertuduhan terhadap Guan Eng.
Firdaus: Tidak tahu.

Dalam keterangannya, Wan Mohd. Firdaus berkata, beliau menerima permohonan daripada pegawai penyiasat pada 22 November 2019 untuk memeriksa telefon bimbit Zarul Ahmad bertujuan mengekstrak kandungan perbualan WhatsApp di antaranya dan Gnanaraja.

Ujar beliau, perisian forensik yang digunakan tidak boleh mengakses kandungan perbualan secara langsung kerana telefon itu dilindungi oleh `Applock’ menyebabkan beliau terpaksa merakam gambar komunikasi pada telefon itu secara manual.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan mereka memerlukan masa yang panjang untuk menyoal balas saksi berikutnya, Ibrahim Sahari.

Hakim Azura Alwi kemudian menetapkan perbicaraan bersambung 18 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI