fbpx

Kru penerbangan dikecam bergambar atas sayap pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja tersebut membuat pelbagai aksi ketika bergambar di atas sayap pesawat. – NY POST

BERN, SWITZERLAND – Sebuah klip video tular yang memaparkan aksi kru sebuah syarikat penerbangan  Switzerland bergambar di atas sayap pesawat menerima kecaman kerana dianggap perbuatan berbahaya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Aksi ranggi itu dilakukan kru Swiss International Airlines melibatkan pesawat Boeing 777 semasa menunggu untuk berlepas ke Zurich.

Video itu dirakam oleh penumpang yang berada di balai berlepas dan menunjukkan dua kru  terbabit berdiri di atas sayap pesawat.

Seorang pramugari pada mulanya  dilihat berjalan  keluar dan berdiri di atas sayap pesawat serta beraksi untuk bergambar.

Seorang lagi kru mengikuti langkah tersebut dan membuat pelbagai aksi lain.

Video itu mengundang kritikan dengan ramai netizen menyelar aksi mereka kerana boleh mengancam nyawa.

Kru pesawat komersial hanya dibenar memijak sayap pesawat dalam situasi kecemasan seperti pendaratan cemas yang memerlukan  penumpang dipindahkan, dan bukan untuk bergambar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI