fbpx

Kes Fahmi Fadzil berucap masjid diklasifikasikan NFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tiga kanan) ketika majlis pelepasan peserta ziarah Merdeka di MAIS

SHAH ALAM – Tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil yang didakwa berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, hujung julai lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, siasatan mendapati Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu hanya menyatakan tentang isu semasa yang tidak melibatkan isu politik dalam masjid tersebut.

“Beliau (Fahmi) singgah solat bila tiba waktunya di masjid tersebut.

“Apabila ahli kariah melihat ada menteri yang singgah mereka menanyakan Fahmi isu semasa (isu konsert) dan sebagai menteri beliau menerangkannya bukan bercakap tentang politik.

“Jadi, kita menganggap kes tersebut tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya ringkas.

Terdahulu, beliau melepaskan peserta Ziarah Merdeka di perkarangan bangunan MAIS di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JAIS mengesahkan menerima aduan Fahmi berucap di sebuah masjid di Rawang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI