fbpx

‘Joe Jebat Tajudin’ ditahan muat naik hantaran ugut PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang tukang urut selepas dipercayai membuat hantaran di media sosial berunsur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan ugutan tersebut pada 26 Ogos lalu.

Katanya, ancaman berunsur ugutan itu dimuat naik di Facebook ‘Joe Jebat Tajudin’ yang mendoakan semoga kediaman Anwar meletup.

“Hasil laporan itu, sepasukan polis dari Kuala Muda menangkap suspek berusia 41 tahun di Taman Desa Budiman, Bedong, Kedah, semalam.

“Suspek merupakan tukang urut dan mempunyai tiga rekod lampau berkait kesalahan penggunaan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Hantaran yang dimuat naik Joe Jebat Tajudin di Facebooknya.

Jelas beliau, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelah (USJT) Bukit Aman.

Terdahulu, tular di media sosial satu pengguna Facebook bernama ‘Joe Jebat Tajudin’ membuat hantaran berbaur ugutan kepada Perdana Menteri, Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Hantaran tersebut menyatakan ‘memang sempoi kalau letupan macam tu dekat rumah PMX (Anwar Ibrahim) yang menzalimi para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . Mudah-mudahan Allah akan cabut nyawa PMX dalam masa terdekat ni. Amin’. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI