fbpx

Jaga parti sendiri, usah campur hal parti lain – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) dan Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – “Tidak ada mana-mana ahli politik harus masuk campur hal ehwal parti lain”.

Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Hamidi ketika ditanya berhubung kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang meminta penyokong atas pagar UMNO ‘insaf’ dan bertanggungjawab selamatkan negara dan Islam.

“Pada hemat saya, mana-mana politik eloklah jaga parti masing-masing. Biarlah kami jaga parti kami.

“Walaupun apa keadaan, kita akan muncul memperkasakan parti ini dan Insya-Allah kita dapat lihat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas Walkabout Program Jualan Desa Madani di Busana Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi menerusi satu ceramah di Muar, Johor menggesa penyokong UMNO supaya mengundi calon Perikatan Nasional (PN) di PRK DUN Simpang Jeram bagi menyelamatkan negara dan Islam.

“Orang UMNO di Johor kena fikir panjang sebelum mengundi, ada kewajipan nak selamatkan negara. Walaupun tidak memerintah, tetapi satu kerusi ini amar makruf nahi mungkar di DUN demi selamatkan agama dan umat.

“Saya harap sahabat UMNO atas pagar insaf dan sedar tanggungjawab hendak selamatkan negara bersama Islam,”ujarnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut menjelaskan bahawa Pas tidak pernah berhasrat menggantikan UMNO, sebaliknya tertumpu untuk membentuk perpaduan dan penyatuan ummah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI