fbpx

HRD Corp main peranan penting untuk pembangunan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (baju ungu) dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood (kiri) dalam Majlis Semarak Merdeka: Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Menara HRD Corp, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) memainkan peranan penting dalam menggariskan usaha-usaha untuk memberikan lebih banyak peluang pembangunan kepada semua rakyat Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, Inisiatif seperti platform pembelajaran dalam talian e-LATiH dan program upskilling serta reskilling adalah contoh kejayaan organisasi ini dalam melaksanakan konsep Malaysia Madani.

Ujarnya, komitmen yang diberikan HRD Corp untuk terus memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan rakyat Malaysia menjana peluang kerjaya yang lebih baik sekali gus memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan negara.

“Secara peribadinya, saya merasakan sambutan kemerdekaan ke-66 negara yang bersamaan dengan tahun ke-30 kewujudan HRD Corp ini juga merupakan sebuah simbolik yang menunjukkan bagaimana usaha organisasi ini dalam membangun sumber manusia telah berjaya menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

“Dengan semangat kebersamaan dan kesatuan, HRD Corp terus komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia, mengukuhkan modal insan, dan membawa negara menuju masa depan yang lebih cemerlang.

“Keberhasilan ini dapat dicapai menerusi lebih daripada 650 pekerja HRD Corp yang berkhidmat di seluruh pelusuk Malaysia. Kesemua anda pastinya datang dari kelompok yang pelbagai, dengan pelbagai latar belakang kaum, pengalaman, kemahiran, dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Majlis Semarak Merdeka: Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 dianjurkan di Menara HRD Corp, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood.

Tambah Sivakumar, HRD Corp telah berperanan sebagai peneraju dalam membantu merealisasikan potensi dan bakat setiap individu untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan negara.

“Di dalam konteks pembangunan modal insan, peranan HRD Corp dalam memupuk dan memajukan sumber manusia negara adalah sangat penting.

“Semangat kecemerlangan dan inovasi yang ditanamkan dalam usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja Malaysia adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk mencapai kedudukan sebagai negara maju,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Sivakumar turut mengumumkan bahawa HRD Corp bakal menjalankan inisiatif CSR mereka yang seterusnya menerusi misi penanaman 1,000 pokok di beberapal lokasi seluruh negara menjelang penghujung 2024.

Jelasnya, langkah ini adalah sebagai komitmen HRD Corp untuk memberikan sumbangan yang berkekalan kepada alam sekitar di samping membina kesedaran mengenai pentingnya kelestarian alam dalam kalangan masyarakat serta generasi akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI