fbpx

Gugurkan semua pertuduhan terpilih ke atas Ahmad Zahid, Najib – Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKMAN gesa kesemua pertuduhan terpilih ke atas Ahmad Zahid dan Najib digugurkan kerana tidak cukup bukti.

BATU PAHAT – Satu dokumen yang mengesahkan bahawa Jabatan Peguam Negara tidak cukup bukti untuk mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam berkata, jika sebelum ini bocor dokumen mengenai Kes Aabar Ipic yang membuktikan tujuh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan lima Pegawai Penyiasat menyatakan bahawa tiada kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Namun semalam (kelmarin) DPP Ahmad Akram Gharib menyatakan dengan jelas bahawa Jabatan Peguam Negara tidak cukup bukti untuk mendakwa Ahmad Zahid,”katanya melalui kenyataan dalam akaun Facebook miliknya.

Menurut Lokman yang juga Pengarah Komunikasi UMNO, sudah tiba masanya Peguam Negara mengugurkan semua kes pendakwaan terpilih ke atas Presiden Umno itu dan Najib serta pemimpin-pemimpin UMNO lain yang dianiaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Katanya, apa yang terbongkar selama ini jelas membuktikan bahawa pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO zaman Mahathir ini adalah pendakwaan yang berniat jahat, pendakwaan terpilih dan pendakwaan yang bermotifkan politik.

“Saya harap Peguam Negara dapat mengambil keputusan yang betul dengan menghentikan semua pendakwaan-pendakwaan ini. Pulihkan imej Jabatan Peguam Negara yang dirosakkan oleh Regim Mahathir,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI