fbpx

F1: Daniel Ricciardo alami kecederaan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO mengalami kecederaan patah tangan ekoran insiden kemalangan bersama Piastri pada sesi latihan di GP Belanda kelmarin. - AFP

ZANDVOORT, Belanda – Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner mengakui pelumba berpengalaman, Daniel Ricciardo terpaksa diketepikan beberapa minggu selepas terlibat dengan kemalangan pada sesi latihan Grand Prix (GP) Belanda kelmarin.

Pada sesi ujian bebas di Litar Zandvoort itu, Ricciardo yang mewakili pasukan AlphaTauri mengalami kecederaan serius selepas terlibat dengan pelanggaran dengan jentera McLaren yang dipandu Oscar Piastri.

Susulan itu, Ricciardo telah diarahkan untuk terus menerima rawatan selepas mengalami patah tangan dan bakal mendapat rawatan daripada doktor pakar, Xavier Mir yang sering mengendalikan kes melibatkan pelumba MotoGP sebelum ini.

“Ricciardo telah diarahkan untuk bertemu dengan doktor (Mir) yang pakar merawat jaguh sukan permotoran seperti yang anda lihat pada pelumba MotoGP. Doktor tersebut berjaya memulihkan mereka dalam masa yang cukup singkat.

“Justeru, Ricciardo segera diterbangkan ke Barcelona untuk bertemu dengan doktor terbabit dan mungkin terus melakukan pembedahan dalam masa terdekat selepas ujian imbasan dilakukan.

“Berdasarkan laporan awal, mungkin dia akan direhatkan untuk tempoh 10 hingga 12 minggu bergantung dengan tahap pemulihan. Cuma, saya harap ia tidak terlalu lama atau mungkin tiga ke enam minggu sahaja,” kata Horner.

Sebagai rekod, Ricciardo kembali mewarnai saingan Formula 1 (F1) pada bulan lalu bagi menggantikan posisi Nyck de Vries yang gagal mempamerkan prestasi diharapkan sepanjang musim ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN