fbpx

EPL: Spurs mula selesa cara Postecoglou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS mencatat kemenangan kedua berturut-turut apabila menewaskan Bournemouth 2-0 pada aksi kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou tidak segan untuk mengakui bahawa beliau meniru pendekatan yang dilakukan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Reaksi pengurus itu hadir selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth yang menyaksikan Postecoglou mengarahkan dua pertahanannya, Pedro Porro dan Destiny Udogie bergerak ke posisi tengah.

“Saya hanya tiru Pep dan kami sudah berlatih menggunakan sistem ini. Kadang-kadang ia lebih kepada naluri, namun sistem ini perlu dimainkan secara lebih lancar.

“Jika ada ruang, lupakan tugas sebagai pertahanan kerana sebagai pemain bola sepak sudah pasti kami cuba mencari ruang. Seterusnya terpulang kepada kami untuk cuba menutup ruang (di posisi pertahanan) yang ditinggalkan itu,” katanya.

Pada perlawanan ini menyaksikan pemain baharu Spurs, James Maddison mencuri perhatian untuk meletakkan pasukan didepan sebelum Dejan Kulusevski memastikan gol kedua

Dalam masa sama, Postecoglou menekankan pendekatannya adalah beri kebebasan kepada pertahanan kiri dan kanan untuk melaksanakan perancangan pasukan.

“Apabila Pedro dan Destiny memiliki kawalan bola, pasti agak sukar untuk menyekat kemaraan mereka. Jadi apabila mereka berada di bahagian tengah, ia pasti menjadikan permainan kami lebih efektif,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI