fbpx

Bayi setahun maut dipercayai didera teman lelaki ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang bayi lelaki warga tempatan berusia setahun dilaporkan maut kelmarin dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terdahulu, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang mendakwa bayi tersebut maut dengan kesan dera kira-kira pukul 7 malam.

Menurut Cheng San, mangsa sebelum itu telah dibawa ke hospital tersebut oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang mendakwa bayi malang itu pengsan dan memerlukan rawatan susulan.

Menurut Cheng San, suspek bagaimanapun bergegas meninggalkan kawasan hospital tidak lama kemudian.

“Ekoran daripada kejadian tersebut, empat lelaki dan lima wanita warga tempatan yang berusia antara 16 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Seberang Perai bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati, salah seorang daripada suspek yang ditahan itu mempunyai lima rekod jenayah atas pelbagai kesalahan,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Cheng San, kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk direman dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI