fbpx

3 pelajar culik rakan, minta wang tebusan untuk beli komputer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan. - News Bytes

NEW DELHI, India – Tiga pelajar sekolah menengah di negeri Bengal Barat, India mengaku bersalah membunuh rakan mereka yang berusia 14 tahun, lapor laman berita Ary News.

Mereka dilaporkan menculik mangsa dan meminta wang tebusan untuk membeli komputer kerana ingin bermain permainan video.

Media India melaporkan, mangsa dicekik tiga rakannya selepas permintaan terakhir untuk makan sejenis pencuci mulut, rasgulla dan minum minuman sejuk ditunaikan. 

Mayat mangsa yang diikat di dalam guni ditemui di sebuah kolam di bandar Krishnanagar kelmarin.

Polis menahan ketiga-tiga suspek dan membawa mereka ke sebuah mahkamah jenayah di Krishnanagar semalam.

“Mangsa hilang petang Jumaat lalu ketika pergi ke kedai untuk membeli barang. 

“Ibunya menerima panggilan yang meminta wang tebusan 300,000 rupee (RM16,894) pada keesokan harinya dan dia membuat laporan polis,” kata seorang pegawai tempatan.

Suspek membunuh mangsa selepas mengesyaki ibunya tidak dapat membayar wang tebusan yang mereka minta. Ketiga-tiga penculik juga bimbang mereka akan ditangkap polis jika membebaskan mangsa.

Menurut sumber tempatan, bapa mangsa sudah lama meninggal dunia dan ibunya menyara hidup dengan bekerja menjaga orang sakit. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI