fbpx

22 ADUN PN Selangor bincang cadangan lantik Timbalan Speaker DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harrison ketika ditemui hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF

KUALA SELANGOR – Kesemua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) di Selangor akan membincangkan soal pelantikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kalangan blok pembangkang.

ADUN Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, cadangan itu antara perkara yang dibawa dalam sesi perbincangan khas semua ADUN pembangkang di Shah Alam esok.

Katanya, pembangkang mempunyai hak untuk mencadangkan nama yang bersesuaian sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor.

“Secara tradisinya, jawatan itu dilantik oleh kerajaan memerintah namun tiada salah ia diberikan kepada pembangkang.

“Perkara itu turut termaktub dalam peraturan-peraturan mesyuarat ” katanya ketika ditemui hari ini.

Harrison memberitahu, perbincangan turut akan memfokuskan kepada pelantikan Ketua Pembangkang DUN Selangor.

Beliau menjelaskan, pelantikan seperti Exco bayangan pembangkang itu belum diputuskan kerana ADUN PN akan memainkan peranan dalam mekanisme semak dan imbang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI