fbpx

Wanita ada hak memilih, perlu diberi kebebasan seperti suami – Elis Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elis ketika menjadi hos dalam siri podcast yang turut dikendalikan suaminya Caprice yang disiarkan di saluran Youtube Caprice Original Films.

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi rap terkenal, Caprice, Farra Elis menegaskan bahawa wanita yang tidak suka berpoligami perlu diberikan hak seadilnya.

Farra Elis atau lebih mesra dipanggil Elis berkata, wanita yang mengalami nasib seperti itu perlu diberikan pilihan dalam hidup mereka seperti suami diberikan hak berkahwin lain.

Malah katanya, pilihan tersebut perlu dihormati suami apabila seorang wanita itu tidak sanggup dimadukan.

“Dia (suami) bebas buat pilihan untuk berkahwin, kita sebagai isteri juga ada hak nak pilih suami. Nak bersama atau ‘chow’ (pergi).

“Jadi, kita lelaki pilih untuk berkahwin ramai, akan ada perempuan yang mahu bersama ataupun yang mahu pergi. Jadi tidak salah untuk dua-dua itu. Hanya perlu hormat pendirian masing-masing,” tegasnya.

Elis berkongsi perasaan itu ketika menjadi hos dalam siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films.

Siri podcast itu turut dihoskan Caprice atau nama sebenarnya Airiz Ramli bersama tetamu jemputan Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pandangan Elis dan mereka mahu semua wanita teraniaya perlu diberikan keadilan.

“Alangkah bagusnya kalau semua bini-bini di luar sana sama seperti Elis ni, aman dunia dan akhirat. Berpoligamilah anda sebelum anda dipoligamikan,” kata Micheal Tio.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Che Noorlia.

“Tepuk dada tanya selera. Kalau sanggup tunggu, kalau tak sanggup cabut lari, hidup ni ada pilihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI