SUDAH putus ke? Itu persoalan yang terngiang-ngiang dalam fikiran Diva sejak kebelakangan ini apabila melihat beberapa hantaran InstaStory pelakon cantik, Sophia Albarakbah.
Tambahan pula, kelibat teman lelaki tercinta yang digelar Mr. Doktor dalam perkongsian Instagramnya selain menemaninya ke acara-acara hiburan juga sudah tidak kelihatan.
Pelik juga dengan situasi tersebut sebab selalunya Sophia memang akan ‘usung’ kekasihnya di mana-mana.
Beberapa perkongsian Sophia dalam media sosial baru-baru ini yang mahu memiliki lelaki baik satu hari nanti turut menguatkan lagi firasat Diva mengenai dakwaan tersebut. Diva harap hubungan mereka tidaklah putus sebab kedua-duanya dilihat sangat secocok.
Mungkin sebab itulah orang tua-tua pesan, kalau bercinta jangan menunjuk sangat. Tak apalah Sophia, kumbang bukan seekor dan ramai lagi yang menanti. Awak pula lawa!
Pesan Diva, kalau sudah putus, move on. Kalau belum, semoga berjodohan hendaknya.
DIVA: Ramai tidak puas hati dengan jalan cerita filem MALBATT: Misi Bakara, katanya tak real sangat. Betul ke?