fbpx

Sejuk, nyaman tengok wajah tenang Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID Kamil kini mempamerkan sisi lelaki paling tenang saat mendepani episod duda dalam hidup.

KETIKA ramai sibuk bertelagah dalam media sosial, Farid Kamil pula menuai perhatian ramai dengan video terbaharunya dalam Instagram.

Bukan video tak senonoh, tetapi disebabkan kandungannya yang ke arah islamik.

Terkejut juga Diva pada awalnya. Masakan tidak, tengah kalut dengan kes geng artis wanita bergaduh, tiba-tiba Farid muncul begitu, tetapi konten yang menggetarkan rusuk dan mengingatkan kita semua kembali pada jalan Allah.

Nampaknya ramai juga suka dengan perubahan Farid yang kini dilihat lebih tenang selepas menyertai beberapa aktiviti agama, termasuk suluk. Memang nampak memberi impak terhadap keperibadiannya.

“Suka dengan perubahan Farid. Wajahnya pun nampak tenang dan tidak kusut lagi.

“Harap Farid istiqamah dan kekal di jalan kuat Allah,” komen netizen memuji.

Diva pun harap perkara sama. Jangan pula jadi seperti beberapa artis, hangat-hangat tahi ayam sahaja apabila menyertai aktiviti keagamaan. Semata-mata untuk konten.

DIVA: Serabut dengan konflik rumah tangga ND Lala. Macam-macam cerita!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI