fbpx

Pesara kerajaan rugi lebih RM180,000 ditipu ‘pegawai polis’ berpangkat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Seorang pesara kerajaan kerugian wang sebanyak RM186,350 akibat ditipu oleh sindiket penghantaran barang dengan menggunakan modus operandi penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, mangsa berumur 42 tahun telah menerima panggilan daripada suspek lelaki menggunakan nombor di talian 012-2334005 pada 24 Ogos lalu.

“Suspek mengakui dirinya Pegawai Pejabat Pos Kuala Lumpur memberitahu bahawa ada satu bungkusan yang mengandungi kad pengenalan milik mangsa serta beberapa kredit kad yang dihantar ke Sarawak.

“Mangsa kemudiannya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka dan dia menafikan berkenaan penghantaran bungkusan dan diminta membuat aduan dalam talian ke IPD itu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Razlam, mangsa turut disambungkan kepada suspek kedua iaitu seorang pegawai polis berpangkat Datuk yang mengarahkannya untuk memindahkan wang sebanyak RM146,450 milik mangsa ke akaun yang diberikan kononnya bagi tujuan siasatan pegawai aktiviti haram (AMLA).

“Dalam keadaan cemas dan ketakutan, mangsa membuat transaksi deposit tunai dan pindahan wang berjumlah keseluruhan sebanyak RM186,450 ke enam akaun melibatkan 38 kali transaksi.

“Mangsa diberitahu, proses siasatan itu mengambil masa setengah jam dan akan menghubunginya semula setelah mendapat hasil siasatannya,” katanya.

Kata Razlam, mangsa menghubungi nombor talian itu setelah tidak mendapat sebarang maklum balas namun telah disekat.

“Mangsa sedar dirinya ditipu dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI