fbpx

Pemain Kelantan terlalu muda punca dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Kelantan, Muhaimin Izuddin Mujamad Arsi cuba menghalang pemain Selangor, Ayron Del Valle Rodriguez pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin. – KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PENGENDALI Kelantan FC, Angel Alfredo Vera akhirnya mengakui barisan pemain pasukan itu terlalu muda, tiada pengalaman dan belum cukup bersedia untuk bermain di pentas profesional seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Alfedro Vera membuat pengakuan selepas The Red Warriors (TRW) mengalami kekalahan terburuk dengan keputusan 2-11 kepada Selangor FC pada Liga Super kelmarin.

Menurutnya, pemain Kelantan tidak mempunyai keupayaan untuk menguasai permainan meskipun berjaya menjaringkan dua gol awal.

“Pemain Kelantan masih muda, tiada pengalaman dan baru merasai lima aksi di pentas Liga Super. Tentu sukar untuk mereka masuk ke padang dan tahu apa harus dilakukan.

“Sebelum ini, pemain hanya berdepan lawan seusia. Kini, perlu berdepan lawan lebih kuat dan berpengalaman termasuk pemain-pemain import,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Jurulatih dari Argentina itu mengakui, skuad muda TRW dilihat gugup apabila menjejakkan kaki ke pentas bola sepak profesional seperti Liga Super.

Katanya, Kelantan FC juga tiada keseimbangan dalam skuad pertukaran pemain semasa perlawanan sehingga ada pemain yang bermain bukan di posisi asal mereka.

“Natanael Siringo Ringo juga terpaksa bermain di posisi penyerang kerana ketiadaan pemain utama di posisi penting itu. Apabila berlaku seorang atau dua pemain cedera semasa perlawanan, ia sudah meletakkan kita dalam situasi yang berat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI