fbpx

Oceanman@Redang disenarai acara kalendar pelancongan baharu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peserta yang menyertai Oceanman di Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kejohanan renang di perairan laut terbuka, Oceanman@Redang bakal disenaraikan dalam kalendar pelancongan tahunan Terengganu mulai tahun hadapan.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata, program tersebut yang julung kali diadakan di Pulau Redang di sini semalam berjaya menarik penyertaan 566 peserta dari 31 buah negara.

“Penganjuran Oceanman dilihat mampu mempopularkan lagi Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan berasaskan sukan bertaraf antarabangsa.

“Ia juga memberi impak positif dan limpahan manfaat kepada pengusaha resort serta penduduk setempat pulau peranginan tersebut,” katanya melepaskan peserta Oceanman@ Redang di sini hari ini.

Seramai 556 peserta termasuk dari Australia, Singapura, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Perancis, Itali, Jepun, Rusia, Mexico, Jerman dan Mesir menyertai kejohanan itu.

Oceanman merupakan kejohanan renang bertaraf antarabangsa yang menguji kekuatan fizikal dan mental peserta di perairan laut terbuka.

Kali terakhir penganjuran Oceanman berlangsung di negara ini ialah di Pulau Langkawi, Kedah pada tahun 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI