fbpx

Nazim Othman pakai tiara, dikecam ‘pondan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA Nazim memakai tiara semasa pertunjukan fesyen baru-baru ini.

PELAKON tampan Nazim Othman menjadi perhatian ramai sewaktu memperagakan busana daripada satu jenama tempatan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2023 baru-baru ini.

Mana tidaknya, ketika memperagakan pakaian berona hitam itu, Nazim dilihat mengenakan seluar jarang sehingga menampakkan boxer yang dipakai.

Seksi memanglah seksi, Diva sendiri suka. Tapi ada mata-mata netizen sampai naik ‘berbulu’ melihat penampilan berani jejaka tinggi lampai itu.

Tapi apa yang menarik perhatian Diva, penampilan Nazim yang siap mengenakan mahkota atau tiara dikatakan menyamai imej seperti pondan.

Terkedu Diva, tergamak netizen kata begitu. Punyalah tampan dan bergaya, hujung-hujung dek kerana mahkota, sampai hati kata Nazim pondan.

Diva okey sahaja, sebab kalau diberi peluang, Diva pun teringin nak pakai tiara, ala-ala Miss Universe gitu!

DIVA: Dengar kata Sharifah Sakinah dah ada pengganti. Tetap cita rasa ‘antarabangsa’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI