fbpx

Lelaki rugi RM27,000 ditipu individu mengaku sebagai rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MIRI – Seorang penyelia pengangkutan di sebuah syarikat swasta di sini kerugian sebanyak RM27,000 setelah ditipu oleh individu yang mengaku sebagai rakannya.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata pada 24 Ogos lalu, semasa berada di rumah, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu menerima panggilan dengan memperkenalkan diri sebagai rakannya yang menggunakan nombor telefon baharu kerana kehilangan telefon dan dompet.

Katanya individu terbabit kemudian meminta bantuan untuk meminjam wang kerana akaun bank masih perlu dikemaskini.

“Mangsa kemudian memasukkan wang menerusi enam kali transaksi ke akaun bank yang diberikan oleh suspek sehingga berjumlah RM27,000.

“Namun pada 25 Ogos, semasa berada di sekitar bandar raya Miri, mangsa terserempak dengan rakan sebenar dan dimaklumkan oleh rakannya itu tidak pernah kehilangan telefon dan dompet,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Alexson berkata mangsa yang menyedari telah ditipu kemudian tampil membuat laporan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI