fbpx

Lelaki bantu pasangan pindah hak milik rumah kepada anjing dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan itu menekap kaki anjing tersebut pada kontrak. - Twitter

TEHERAN, Iran – Ketua sebuah agensi hartanah di Iran dihukum kerana membantu pasangan tanpa waris memindahkan hak milik sebuah pangsapuri kepada anjing peliharaan mereka, lapor laman berita Oddity Central.

Ahli perniagaan itu dijatuhi hukuman penjara manakala firma hartanahnya ditutup awal bulan ini. Tindakan itu diambil selepas sebuah video memaparkan perasmian pemindahan hak milik pangsapuri itu tular di media sosial.

Dalam klip video itu, lelaki tersebut dilihat sedang menyiapkan kertas kerja yang kemudiannya ditandatangani oleh pasangan berkenaan serta anjing peliharaan mereka yang bernama Chester.

Pasangan itu memegang kaki Chester dan meletakkan sedikit dakwat padanya sebelum menekapnya pada kontrak. Setelah selesai, pasangan itu memeluk anjing tersebut dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Tertuduh ditangkap kerana menormalisasikan pelanggaran nilai moral masyarakat dan membenarkan perjanjian tersebut tanpa asas undang-undang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI