fbpx

Hujan lebat di 8 negeri, malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, malam ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk diramal berlarutan sehingga pukul 7 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, Terengganu.

“Sementara itu, cuaca sama juga diramal di Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin, Pahang serta Gombak, Petaling dan Hulu Langat, Selangor,” katanya, dalam hantaran sama.

Menurut MetMalaysia, ribut petir turut berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan serta Segamat dan Mersing, Johor.

“Di Sarawak, meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

“Di Sabah pula, melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Tenom) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI