fbpx

Gelombang rakyat itu hanya temberang – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

JOHOR BAHRU – Gelombang rakyat yang digembar-gemburkan oleh Perikatan Nasional (PN) dan dikatakan akan melanda pada Pilihan Raya Kecil (PRK), disifatkan sebagai cakap kosong sahaja.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bijak untuk membuat keputusan tepat bagi memilih wakil rakyat di kawasan tersebut.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata, sudah tentu pengundi di kawasan terbabit tidak mahu kawasan yang berada dalam kerajaan hari ini ditadbir oleh pihak pembangkang.

“Itu bukan gelombang rakyat, macam mana pula itu dipanggil gelombang rakyat? Ini kerana Malaysia ada 14 negeri dan mereka dapat empat negeri sahaja, Kita ada 10. Takkan mereka tak tahu matematik 10 jauh lebih banyak daripada empat.

“Jangan nak cakap itu gelombang rakyat, temberang. Itu hanyalah gelombang hijau yang tak sampai ke mana dan empat negeri itu sahajalah gelombangnya.

“Kita minta supaya pengundi di Johor ini tak masukkan mereka dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (memenangi PRK),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bukit Kempas, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI