fbpx

EPL: FA England kenakan Peraturan ketat pertaruhan kad kuning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAQUETA dikaitkan dengan skandal mengatur layangan kad kuning selepas dia meraihnya buat kali ketiga untuk tahun 2023. - AFP

LONDON – Persatuan Bola Sepak (FA) England didakwa menggesa syarikat-syarikat perjudian menghapuskan pertaruhan melibatkan layangan kad kuning berikutan meningkatkan kebimbangan ia melibatkan skandal mengaturkan insiden berkenaan.

Mail Sport mendedahkan bahawa satu rundingan telah dilakukan oleh pegawai-pegawai FA England bersama syarikat-syarikat berkenaan serta wakil kerajaan mengenai sekatan terhadap pertaruhan berkenaan.

Sebelum ini, FA England telah membuka siasatan mengenai paten pertaruhan yang meragukan melibatkan pemain tengah West Ham United, Lucas Paqueta apabila sudah meraih tiga kad kuning sepanjang tahun 2023 termasuk satu ketika aksi musim baharu kali ini.

Paqueta berada di kedudukan keempat dalam kelompok lima pemain teratas dalam senarai peraturan ke atas layangan kad kuning sejak lima tahun lalu menyebabkan siasatan dilakukan terhadapnya.

Bekas pemain Arsenal, Granit Xhaka dan pemain pertahanan Oxford, Ciaran Brown telah disiasat atas tuduhan yang sama kira-kira 18 bulan yang lalu, namun tidak ada tindakan lanjut diambil terhadap mereka.

Pada 2018, pemain Lincoln City, Bradley Wood telah dikenakan penggantungan selama enam tahun oleh FA England apabila didapati bersalah terlibat dalam skandal layangan kad kuning sebanyak dua kali untuk membolehkannya menerima suapan sebanyak £10,000 (RM58,375).

FA England sedar bahawa pertaruhan melibatkan kad kuning terdedah kepada penipuan dan manipulasi selain mereka juga turut berbincang mengenai beberapa peraturan pertaruhan melibatkan jumlah layangan kad, sepakan penjuru dan sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil dalam beberapa perlawanan berprofil tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI