fbpx

DAP tidak pernah minta Pas buang Islam – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

PETALING JAYA – DAP tidak pernah meminta Pas ‘membuang’ Islam sepanjang kedua-dua parti bersama semasa berada Barisan Alternatif (1999-2002), mahupun Pakatan Rakyat (2008-2015).

Malah, tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, parti itu sentiasa konsisten sepanjang kerjasama politik dengan Pas dan fokus dalam isu-isu yang dipersetujui bersama.

Tetapi katanya, mereka mengambil pendekatan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ (agree to disagree) dalam isu yang tidak dapat mencapai konsensus.

“Isu pokok yang tidak dapat dipersetujui oleh DAP ialah pelaksanaan hukum hudud.

“Memang DAP konsisten dalam perkara ini kerana ia tidak berlandaskan kepada sistem undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Anthony Loke berkata demikian bagi menafikan ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di satu ceramah di Johor, semalam.

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi didakwa memfitnah pimpinan DAP kerana meminta Pas untuk ‘membuang’ Islam dalam perjuangannya untuk meneruskan kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain DAP, orang yang paling lantang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4.

“Pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud tidak bermakna melawan agama Islam!.

“Tun Dr. Mahathir tidak pernah setuju dengan pelaksanaan hudud. Begitu juga parti-parti yang disebut oleh Tan Sri Abdul Hadi seperti MCA, MIC dan Gerakan,”katanya.

Pada masa sama, Anthony Loke menambah, kenapa hanya DAP yang sentiasa dilabelkan oleh Pas sebagai ‘musuh’ Islam.

“Bukankah ini semata-mata satu pembohongan Pas untuk menjadikan DAP sebagai ‘punching bag’ dalam percaturan politik mereka?,” soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI