fbpx

[VIDEO] Nyaris cedera wau bulan tertusuk cermin kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkar layar wau bulan tertusuk cermin kereta seorang pemuda dalam kejadian di Kelantan.

PETALING JAYA – Seorang pemuda nyaris cedera apabila wau bulan tersalah mendarat lalu bahagian hujungnya tertusuk cermin kereta dalam kejadian sewaktu dia berada dalam kenderaan tersebut.

Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan pantai di Kelantan dengan video tersebut dimuat naik lelaki itu menerusi akaun TikTok Boika Pisang semalam.

“Datang nak healing, sekali pening. Nasib baik tak kena dada mat, belum sempat keluar kereta,” katanya menerusi kapsyen pada video itu.

Ia kemudian mendapat maklum balas pelbagai daripada pengguna selain ada yang bertanya sama ada pemuda itu mendapat ganti rugi atau sebaliknya.

“Macam mana boleh kena ni? Benda tu berat ke? Maaf tak pernah tengok depan-depan besar mcm ni,” komen @ulat bulu.

“Selalu juga tengok orang main petang-petang dengan anak-anak. Tengok gini macam takut pula,” kata @lindajohan90.

“Dapat ganti rugi tak? Nak ganti cermin tu mahal kot,” ujar @Kaseh.Gift. – KOSMO! ONLINE

@kalkalnutBetul2 ujian☹️

♬ original sound – ABG.TESLA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI