fbpx

Terengganu mudah atasi Kuching City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERENGGANU jelas memiliki kelebihan untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Kuching City di Stadium Negeri, sebentar tadi. - MFL

KUCHING – Ketiadaan pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner di garisan tepi padang tidak pernah menghadkan kualiti Terengganu yang menewaskan Kuching City 2-0 di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Keputusan itu meletakkan skuad Peteh pada tahap terbaik untuk melengkapkan kemenangan kelima beturut-turut sekaligus mengekalkan peluang untuk cuba menamatkan saingan musim ini di kedudukan terbaik.

Terdahulu, tuan rumah seakan memulakan perlawanan dengan agak baik dan hampir mampu mengikat Terengganu tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, tuah seakan berpihak kepada pelawat yang membuka jaringan perlawanan pada minit ke-42 menerusi pemain pertahanan, Shahrul Nizam Ros Hasni.

Hanya lima minit selepas aksi bersambung, Engku Nur Shakir Engku Yacob terus pamer kecemerlangan dan kali ini melengkapkan jaringan kedua buat pelawat sekaligus memberikan tugas lebih sukar buat Kuching City.

Walaupun anak buah Aidil Sharin Sahak kekal mencuba untuk mencari gol pertama, usaha dilakukan pemain Kuching City terus menemui jalan buntu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI