fbpx

Solat subuh Abang Tesla paling diingati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Tesla tular selepas solat subuh bersama isterinya sebelum berkahwin dua.

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mahupun di dunia nyata mengenai satu video seorang lelaki bergelar Abang Tesla yang mendapat keizinan isterinya untuk bernikah lagi.

Lebih hangat apabila video memohon ‘restu’ itu dibuat selepas mereka menunaikan solat subuh berjemaah.

Video yang sekadar mengisi konten semata-mata itu kemudian bertukar ribut apabila ia bagaikan halilintar yang menusuk kalbu kaum hawa sehinggakan begitu ramai membincangkannya termasuk para artis.

Tak kurang juga yang membuat parodi melucukan berdasarkan jalan cerita video tersebut sekali gus menggamatkan lagi isu lelaki bernikah lebih daripada satu ataupun poligami.

Sebelum ini, solat hanya diingati sekiranya ada orang meninggal dunia sewaktu sedang mengerjakannya, tetapi kerana idea Abang Tesla itu ternyata telah memberikan sesuatu yang di luar jangka.

Orang perempuan dengan poligami jangan dibuat gurau. Huru-hara jadinya nanti. Ada yang boleh menerimanya, tetapi lebih ramai yang enggan berkompromi berdasarkan emosi masing-masing.

Suami yang diam dan langsung tak komen apa-apa mengenai video itu pun boleh kena marah. Ada satu video memaparkan si ibu yang menyuruh anaknya pergi ke kedai tiba-tiba ‘naik hantu’ mahu kerat 14 jika dia kahwin ramai kelak. Luculah!

Bagi orang lelaki, walau apa pun alasan untuk berkahwin lebih daripada satu, kita seharusnya memperbetulkan diri sendiri dahulu supaya tidak ada sebab yang boleh diberikan untuk menggagalkan cita-cita tersebut.

Selain mampu batin dan mempunyai kewangan yang kukuh, orang lelaki wajib memenuhkan dada mereka dengan ilmu agama supaya perkahwinan yang dibina menjadi lubuk keluarga menuai pahala.

Mengikut sunah Nabi seringkali menjadi alasan popular untuk bernikah ramai sedangkan keadilan yang datang selepas itu selalunya gagal dipatuhi dan dipenuhi hingga mengundang keruntuhan rumah tangga pula.

Biasanya suami yang jenis kecoh mengatakan dirinya layak dan sedia untuk bernikah lagi itulah yang para isteri tak perlu risaukan kerana mereka hanya sekadar bercakap dan tidak disusuli dengan perbuatan.

Sebaliknya, mereka yang banyak mendiamkan diri itu perlu diawasi kerana lelaki jenis ini tidak suka kecoh-kecoh dan tahu-tahu rahsianya bernikah lagi bocor dua tiga tahun kemudian. Lagi bahaya.

Tidak dinafikan ada wanita yang mengizinkan suaminya bernikah lagi kerana tidak mahu orang yang disayangi terjerumus dengan dosa, tetapi ini hanya boleh didapati dalam filem atau mimpi sahaja.

Kalau betul-betul ada, ia bermakna si suami berjaya mendidik isterinya supaya menerima poligami kerana ia dibolehkan di dalam agama sekiranya mampu.

Sebagai pedoman, sila tonton kembali kisah Madu Tiga yang mana Jamil akhirnya menikmati kemanisan hidup berpoligami hasil daripada kecerdikan isteri ketiga yang mengatur jadual hidupnya sehingga dia mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI