fbpx

Sivasangari, Aira rebut Trofi Tuanku Muhriz 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASANGARI akan turun berentap dengan Aira pada aksi final merebut Trofi Tuanku Muhriz 2023 di Seremban esok. - PERSATUAN SKUASY NEGERI SEMBILAN

KUALA LUMPUR – Bintang skuasy wanita negara, S. Sivasangari nekad untuk membolot Trofi Tuanku Muhriz 2023 selepas mara ke final yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan esok.

Sivasangari yang turun sebagai pilihan pertama, tiada masalah menewaskan pencabar dari Mesir, Nour Heikal 11-3, 11-6, 11-4 pada aksi separuh akhir di Dewan Skuasy, Kompleks Sukan Tan Sri Dato Haji Mohamed Said hari ini.

Kini, pemain dari Kedah itu menanam impian untuk menjuarai edisi kali ini bagi mengubati duka kekecewaan terlepas peluang menjuarai Kejohanan Skuasy Asia di Hong Kong pada Jun lalu.

“Saya lega dapat menamatkan perlawanan hari ini dengan keputusan 3-0. Jika saya memberikan ruang kepada pemain ini bangkit, dia akan mempunyai keyakinan dan keputusan mungkin berlainan.

“Saya rasa sangat bagus apabila dapat layak semula ke final selepas sekian lama dan saya perlu memberikan tumpuan semula kerana bakal berhadapan dengan rakan senegara saya esok.

“Saya mahukan kejuaraan ini kerana ia akan membantu dari segi pungutan mata ranking. Saya sedang cuba memperbaiki kedudukan saya kerana mahu kembali bersaing di kejohanan utama semula,” katanya.

Menanti Sivasangari di final esok adalah juara bertahan, Aira Azman yang tidak berdepan masalah menumpaskan rakan senegara, Noor Ainaa Amani Ampandi 12-10, 11-6, 7-11, 11-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir hari ini.

Bagi kategori lelaki pula menyaksikan cabaran Malaysia berakhir setelah dua wakil negara tewas kepada lawan masing-masing.

Ivan Yuen yang turun sebagai naib juara edisi lalu, tumpas kepada pilihan kelapan dari Mesir, Alu Hussein dengan keputusan 5-11, 7-11, 5-7.

Rakan senegara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar turut menerima nasib sama walaupun memberikan tentangan sengit kepada pemain Pakistan, Muhammad Asim Khan sebelum akur dengan kekalahan 15-17, 11-8, 7-11, 8-11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI