fbpx

PRK: Tiga calon rebut kerusi DUN Simpang Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALON Pakatan Harapan (PH), Nazri (tengah) mengangkat tangan calon PN, Dr. Mohd Mazri (kanan) dan calon Bebas, Jeganathan (kiri) pada penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar hari ini.-Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

MUAR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

PN meletakkan pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular, Dr. Mohd. Mazri Yahya manakala PH menampilkan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Bakri, Ir. Sr. Nazri Abdul Rahman.

Kedua-dua calon itu turut dicabar seorang ahli perniagaan yang bertanding atas tiket Bebas, S. Jeganathan.

Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah mengumumkan senarai calon yang bertanding pada pukul 10.15 pagi selepas proses penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini ditutup pada pukul 10 pagi.

“Saya sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN Simpang Jeram memaklumkan menerima kertas penamaan calon daripada ketiga-tiga calon.

“Setelah disemak tiada kertas penamaan ditolak,”katanya.

Terdahulu, Dr. Mohd. Mazri merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.04 pagi, diikuti Nazri pukul 9.08 pagi dan Jeganathan 9.18 pagi.

Untuk rekod yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 40,379 individu yang layak mengundi di DUN Simpang Jeram.

Kekosongan luar jangka kerusi DUN Simpang Jeram itu susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pada 23 Julai lalu, Salahuddin yang juga juga Timbalan Presiden Amanah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Salahuddin dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram selepas berjaya nerjaya mempertahankan kerusi berkenaan Pilihan Raya Umum Negeri Johor (PRN-15) pada 12 Mac tahun lalu.

Beliau memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi, manakala seorang lagi calon, Datuk Lokman Md Don dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 6,062 undi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI