fbpx

PRK: MB Johor iringi calon PH ke pusat penamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALON PH DUN Simpang Jeram, Nazri diiringi Onn Hafiz dan Mujahid ketika hadir pada proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar hari ini.

MUAR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama beberapa kepimpinan tinggi PH-BN mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim di Muar.

Turut bersama, Ir. Nazri Abdul Rahman kira-kira 300 orang penyokong PH-BN dengan berarak sejauh dua kilometer bermula dari Bulatan Jalan Bakri.

Antara pemimpin PH-BN yang turut serta mengiringi calon adalah Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin, Ahli Parlimen ledang Syed Ibrahim Syed Noh, ADUN Tangkak Ee Chin Li, dan ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda dan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail.

Kekosongan luar jangka kerusi DUN Simpang Jeram itu susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pada 23 Julai lalu, Salahuddin yang juga juga Timbalan Presiden Amanah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Salahuddin dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram selepas berjaya berjaya mempertahankan kerusi berkenaan Pilihan Raya Umum Negeri Johor (PRN-15) pada 12 Mac tahun lalu.

Beliau memperoleh 8,749 undi mengalahkan calon PN, Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi, manakala seorang lagi calon, Datuk Lokman Md Don dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 6,062 undi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI