MUAR – Calon Perikatan Nasional (PN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr. Mohd. Mazri Yahya tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, sebentar tadi.
Dr. Mohd. Mazri yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular ditemani Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dilihat berarak bersama-sama penyokong dengan laungan Islamiah sekitar pukul 8.35 pagi.
Dia yang mengenakan serba putih bersongket hitam merupakan calon pertama yang tiba di lokasi.
Terdahulu, PRK Dun Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lalu.
Pada Pilihan Negeri (PRN) Mac lalu, Allahyarham memperolehi 8,749 undi mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Zarul Salleh yang mendapat 6,350 undi.
Seorang lagi calon, Lokman Md Don dari Barisan Nasional (BN) memperolehi 6,062 undi.-KOSMO! ONLINE.