fbpx

Nahas Elmina: Lebih 10 termasuk miliki video, CAAM dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyiasat termasuk daripada Amerika Syarikat menjalankan siasatan di lokasi nahas pesawat. -Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

SHAH ALAM – Polis Selangor telah merekodkan keterangan lebih 10 individu berhubung kejadian nahas pesawat ringan Beechcraft Model 390 yang terhempas di Persiaran Elmina di sini.

Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan , ini melibatkan mereka yang memiliki video kejadian tersebut selepas pengurusan syarikat pesawat tersebut dan pihak berkuasa penerbangan awam (CAAM).

“Lebih 10 individu telah ambil keterangan dan siasatan polis sudah selesai. Kita sedang menunggu laporan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

“Sekiranya kemalangan biasa, benda (siasatan nahas) itu selesai namun sekiranya ada unsur lain dijumpai, kit akan siasat selanjutnya. Jadi, kita tunggu perkembangannya (laporan BSKU),” katanya ketika ditemui dalam Karnival dan Kayuhan Merdeka Polis Selangor (Merdeka Ride) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di perkarangan Stadium Shah Alam di sini.

Sebelum ini, Hussein menjelaskan pihaknya mengklasifikasikan siasatan berhubung nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmia sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 pada 17 Ogos lalu telah mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mengulas mengenai karnival tersebut, Hussein berkata, lebih 2,000 pengunjung hadir dengan acara paling mendapat sambutan adalah kayuhan Merdeka Ride melibatkan kategori VIP dan kategori awam dengan jarak antara 10 kilometer dan 30 kilometer.

“Selain itu, dianggarkan ribuan pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mendapatkan diskaun 50 peratus saman.

“Ini bukan sahaja melibatkan saman polis di Selangor malahan saman melibatkan negeri lain, boleh membayarnya di sini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI