fbpx

Man. United diserang krisis kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAW (kanan) menjadi pemain terbaharu United terpaksa disisihkan kerana masalah kecederaan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag terus berdepan dilema menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest malam ini selepas bek kirinya, Luke Shaw turut mengalami kecederaan.

Kecederaan otot dialami Shaw menyaksikan United kini tidak memiliki pemain sesuai bagi mengisi kekosongan di­tinggalkan pemain England itu memandangkan penggantinya, Tyrell Malacia juga dibelenggu kecederaan.

Justeru, Ten Hag perlu me­lakukan rombakan terhadap taktikal pasukan dalam usaha­nya membantu United melakukan kebangkitan selepas tewas 0-2 kepada Tottenham Hotspur minggu lalu.

Difahamkan, Shaw mungkin diketepikan untuk tempoh beberapa minggu sebelum kembali dalam kesebelasan utama, sekali gus terlepas pertemuan menentang Arsenal di Emirates pada 3 September depan.

Selain itu, krisis kecederaan United dianggap semakin me­larat apabila pemain yang baru dibawa masuk dari Chelsea, Mason Mount juga perlu berehat kira-kira enam minggu untuk pulih sepenuhnya.

Kecederaan Mount mungkin menjadi rahmat buat Scott McTominay apabila dia dijangka kembali diturunkan meskipun disebut-sebut bakal meninggalkan Old Trafford.

Setakat dua perlawanan liga musim ini, United gagal me­nunjukkan aksi yang diharapkan apabila sekadar menang 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada perlawanan pembuka tirai selain tewas 0-2 kepada Spurs. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI