fbpx

Malaysia tumbang kali kedua di Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAFIRAH (dua dari kiri) menjadi penjaring gol tunggal Malaysia dalam kekalahan 1-8 kepada Thailand pada aksi Piala Asia Hoki 5's sebentar tadi. - AHF / MHC

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad hoki lima sebelah (5’s) negara untuk melakar kemenangan pertama dalam saingan Piala Asia Hoki 5’s di Salalah, Oman tidak kesampaian.

Sebaliknya, skuad negara sekali lagi dibelasah buat kali kedua berturut-turut selepas kalah 2-7 kepada India semalam dengan kali ini 1-8 kepada Thailand sebentar tadi.

Pengendali skuad hoki 5’s wanita negara, Nabil Fiqri Mohd. Noor mengakui, Thailand lebih kuat dari segi fizikal dan mental, sekali gus membuktikan mereka sememangnya layak memenangi perlawanan itu.

“Kekalahan kedua berturut-turut ini sudah tentu memberikan kesan kepada motivasi pemain, namun ini bukan pengakhiran kerana peluang ke separuh akhir masih terbuka.

“Kami perlu bermain perlawanan crossover menentang pasukan daripada kumpulan satu lagi bagi memastikan tempat ke separuh akhir.

“Jadi semua pemain perlu bangkit menentang Jepun (esok) untuk sekurang-kurangnya mendapatkan kembali keyakinan bagi mencapai objektif pasukan.

“Perkara yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan esok adalah setiap pemain perlu menggunakan peluang untuk menjaringkan gol dengan sebaik mungkin,” katanya selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

Tiga pemain Thailand iaitu Natthakarn Aunjai, Sudarat Noo-keaw dan Kornkanok Sanpoung masing-masing berjaya meledak dua gol.

Baki dua lagi jaringan melengkapkan lapan gol Thailand diperoleh menerusi Kunjira Inpa dan Anongnat Piresram.

Gol tunggal skuad negara pula dijaringkan oleh Nur Zafirah Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI