PETALING JAYA – Semakin berani dan terbuka, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video suami tercinta dalam Instagramnya malam tadi.
Dalam perkongsian tersebut, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin memuat naik video dengan kapsyen indah seolah-olah ingin memberitahu dirinya kini sedang bahagia di sisi suami tercinta.
“Kami gembira dengan kehidupan kami sendiri, aku cinta kamu suamiku,” tulis Ira.
Lebih menarik, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu menggunakan lagu 1 of 1 nyanyian Tyga sebagai muzik latar menandakan hanya Syamsul seorang sahaja sedang bertakhta dalam hatinya.
Bagaimanapun setajat ini, video tersebut tidak pula disiar semula Syamsul menerusi Instagramnya.
Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.
Rentetan itu, Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu,. – KOSMO! ONLINE