fbpx

Baca doa dalam upacara agama lain, kes serah kepada Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu membaca doa ketika upacara keagamaan lain.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kes siasatan berkait tindakan individu membaca doa dalam upacara penganut agama lain, kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak mengesan unsur jenayah dalam isu terbabit sebaliknya lebih menjurus kepada isu agama.

Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan dan ia lebih kepada isu agama. Maka kita serahkan kepada Jawi untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan Polis Kuala Lumpur telah menerima laporan berhubung video tular tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis upacara keagamaan penganut agama lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan Selasa lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI