MIRI – Seorang wanita warga emas berputih mata selepas kesemua barang kemasnya miliknya yang bernilai RM10,00 dilarikan dua lelaki.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian pada Rabu lalu, mangsa didatangi dua suspek yang tidak dikenali yang menawarkan bantuan kebajikan dan pelaburan dengan pulangan lumayan.
“Mangsa kemudian memberikan kad pengenalan dan kad bank kepada suspek. Selain itu, wanita tersebut memberikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM10,000 kepada suspek.
“Mangsa kemudian pergi ke bahagian dapur, dua suspek terbabit segera beredar bersama wang tunai dan barang kemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Alexson berkata, mangsa menyedari dia ditipu selepas kedua-dua suspek melarikan diri sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE