fbpx

Teknologi AI tidak ambil alih peranan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada Kon Yeow sempena STEM Showcase '23 Minggu Sains Negara Peringkat Pulau Pinang, di Sekolah Menengah Persendirian Han Chiang, hari ini.

GEORGE TOWN – Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan mengambil alih peranan manusia dalam sektor pekerjaan di negara ini.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, ini kerana pada masa akan datang bidang pekerjaan memerlukan kepakaran yang baharu melibatkan teknologi-teknologi terkini.

“Kita tidak melihat teknologi seperti AI akan mengambil alih atau menggantikan manusia dari segi pekerjaan, tetapi pekerjaan yang akan datang atau di masa depan perlukan skill set yang baharu.

“Maka kita perlu ada kapasiti latihan yang baharu kerana terdapat keperluan untuk kita mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi seperti pengendalian sistem AI dan lain-lain,” katanya selepas menghadiri STEM Showcase ’23 sempena Minggu Sains Negara Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurut Lih Kang berkata, tumpuan kini diberikan kepada silibus pelajaran yang baharu merangkumi teknologi AI, pengekodan dan robotik.

“Kementerian memberi tumpuan untuk memupuk minat dalam STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi akan datang sebagai pekerja berkemahiran tinggi.

“MOSTI sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia untuk menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi mempromosikan lagi pendidikan STEM,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI